BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI
INTRAPERSONAL (DIRI)
|
INTERPERSONAL (ANTARA INDIVIDU)
|
KUMPULAN KECIL
|
AWAM
|
KOMUNIKASI MASSA
|
-
|
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
•Komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang.
•Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.
•Kita sering bermonolog dengan diri kita untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
•Komunikasi antara individu.
•Proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih.
•Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu.
•Ia juga berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja.
KOMUNIKASI KUMPULAN
•Berperanan membuat keputusan dan dipatuhi oleh semua ahli.
•Berlaku dalam bentuk formal dan tidak formal.
•Contoh seperti mesyuarat
PENGUCAPAN AWAM
•Mengucap di khalayak ramai.
•Seorang kepada ramai orang.
KOMUNIKASI MASSA
•Komunikasi yang berlaku untuk sebaran umum dengan menggunakan alat-alat media massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, buku dan risalah.
•Berbentuk sehala dan jika berlaku tindakbalas ia mengambil masa dan tidak sepantas interpersonal.
No comments:
Post a Comment