Saturday, 19 March 2016



CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI


Terdapat empat cara perhubungan dalam komunikasi:
  • pasif
  • agresif
  • manipulatif
  • asertif



PASIF

  • Corak komunikasi adalah kalah-menang.
  • Tindakan yang tidak dapat menegakkan hak dan pandangan diri sendiri.
  • tidak menyarakan pandangan berpunca daripada tidak yakin kepada diri, bimbang dipersalahkan dan suka mengalah.
  • Orang yang malas berfikir, suka mengumpat, penakut, dan tidak suka bergaduh.
  • Sifat -sifat pasif:
       -tiada wawasan
       -rendah diri
       -tidak yakin
       -berfokus kawalan luar
       -utamakan orang lain
       -memujuk
       -rasa takut



AGRESIF

  • Corak komunikasi adalah menang-kalah.
  • Komunikasi ini boleh ditakrifkan sebagai pencipta masalah atau konflik antara individu dengan individu yang lain.
  • Ia merujuk kepada individu yang kejam dan ingin membuat orang bawahannya mengikut kata-katanya.
  • Sikap agresif :
        -bersikap defensif
        -tidak yakin
        -menindas orang lain
        -memperkecilkan orang lain
        -guna kuasa
        -suka menyindir
        -menonjol diri



MANIPULATIF

  • Corak komunikasi adalah kalah-kalah.
  • Individu yang bersikap manipulatif atau manipulator akan mendorong orang lain untuk melakukan sesuatu secara paksaan atau ugutan,
  • Mungkin individu tersebut akan mengritik, memarahi atau mengancam supaya orang lain melakukan sesuatu untuknya.
  • Komunikasi ini juga digunakan untuk mendorong seseorang melakukan seseuatu, tetapi juga untuk menghentikan orang tersebut melakukan tindakan tertentu.
  • Sikap individu manipulatif :
        -tegas
        -degil
        -egois
        -rendah diri
        -murung
        -merosakkan orang lain
        -mudah putus asa
        -balas dendam
        -suka bergaul



ASERTIF

  • Corak komunikasi adalah menang-menang.
  • Orang yang yakn pada diri sendiri.
  • Individu yang dapat menyatakan pandangan dan hak sendiri dengan jelas dalam cara yang boleh diterima umum. 
  • Menghomati hak dan pandangan orang lain.
  • Percaya pada persamaan hak dan asasi.
  • Percapaian berasaskan insiatif dan usaha sendiri.
  • Individu yang bersikap terbuka dan berani menghadapi masalah dan isu dengan positif.
  • Sikap individu asertif:
        -menerima pendapat dengan hati terbuka
        -jujur
        -ikhlas
        -yakin diri
        -pemikiran positif
        -menghormati diri dan orang lain
        -berterus terang
        -memberi kepuasan kepada kedua belah pihak

      




ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI


Penyampai

-Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi.

-Perlakuan komunikasi ini termasuk perlakuan lisan dan bukan lisan.


Penerima

-Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat.



Maklumat/ mesej

-maksud/ fakta/ niat yang difahami oleh penerima maklumat.


Maklum balas

-Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindakbalas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej.



Saluran

-Media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej.

-saluran yang paling asas ialah melalui pendengaran dan penglihatan.

-saluran-saluran tambahan adalah seperti media elektronik, lukisan di kanvas atau bahan cetakan dan
sebagainya.



Konteks

-Keadaan (situasi) penyampai mesej dari pemberi mesej kepada penerima mesej (contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah peserta dan sebagainya).

BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI


INTRAPERSONAL (DIRI)

INTERPERSONAL (ANTARA INDIVIDU)
KUMPULAN KECIL
AWAM
KOMUNIKASI MASSA
-


KOMUNIKASI INTRAPERSONAL



•Komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang.

•Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.

•Kita sering bermonolog dengan diri kita untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.



KOMUNIKASI INTERPERSONAL


•Komunikasi antara individu.

•Proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih.

•Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu.

•Ia juga berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja.


KOMUNIKASI KUMPULAN


•Berperanan membuat keputusan dan dipatuhi oleh semua ahli.

•Berlaku dalam bentuk formal dan tidak formal.

•Contoh seperti mesyuarat


PENGUCAPAN AWAM


•Mengucap di khalayak ramai.

•Seorang kepada ramai orang.


KOMUNIKASI MASSA


•Komunikasi yang berlaku untuk sebaran umum dengan menggunakan alat-alat media massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, buku dan risalah.

•Berbentuk sehala dan jika berlaku tindakbalas ia mengambil masa dan tidak sepantas interpersonal.



KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN

 Komunikasi lisan berlaku apabila terdapat dua atau tiga komunikator duduk secara bersemuka atau dalam peristiwa bahasa seperti perbualan dalam telefon, atau telesidang.


 Komunikasi bukan lisan berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan.

 Dalam komunikas ilisan, maksudnya boleh dinyatakan dengan suara dan penggunaan perkataan tetapi dalam komunikasi bukan lisan, kandungan boleh menunjukkan maksud yang tersirat.

 Dalam komunikasi lisan, kita dapat menentukan bila bermula dan berakhir tetapi dalam komunikasi bukan lisan, perkara ini suka untuk dipastikan kerana mungkin tersembunyi.


 Lazimnya mesej komunikasi sama ada lisan atau bukan lisan akan timbul serentak. Contoh:



Lisan
Bukan Lisan

“Masuklah…!!!”
Dengan wajah manis
dan suara yang lembut (boleh bermaksud menerima kedatangan dengan senang hati)



CONTOH-CONTOH KOMUNIKASI BUKAN LISAN :



  • melalui mata.
  • muka.
  • gerak badan.